Sentuhan Ramadhan


         

Ramadhan yang aku sambut kali ini adalah yang ke 27 kali dalam hidupku bermakna dah bertahun tahun hadapi madrasah ramadhan. Seringkali dengar madrasah ramadan, tarbiah ramadhan dan banyak lagi terms yang membawa maksud ramadhan sebagai suatu medium untuk mentarbiah diri menjadi insan yang bertaqwa. Selepas beberapa kali mengharungi medium latihan ini apa yang aku boleh lihat ke dalam diri ini tidak banyak kesan yang positif. Aku benar-benar mensia siakanya, meskipun dalam keadaan sedar.

Jelaslah hidayah itu milik Allah, diberiNya kepada sesiapa yang dia mahu. Perkara yang paling berharga dalam hidup ini ialah hidayah dan petunjuk dari Allah. Seandainya tidak mendapat perkara tersebut semua kebaikan yang kita lakukan terasa kosong,jemu dan lelah. kita tahu pahala dilipatgandakan ketika melakukan ibadah dalam bulan ramadhan namun payah sangat nak melakukanya. tiada kekuatan rasanya. semoga Allah memberi petunjuk menjelang 3 malam terakhir ini..

Comments

Popular Posts