Trip solo ke Sg Chilling




   Hari isnin (yakni semalam) sepatutnya aku kena masuk kerja pagi tu. tapi ntah macamna sewaktu sarapan di warung sebelah petronas area kedai runcit aceh terdetik di hati nak masuk hutan dan ponteng keja. Mungkin sebab aku menghayati view bukit ulu yam sehingga triggered menuju ke sana. time waktu tu dah 8:26 am. aku kena decide cepat samada nak ponteng keje atau lambat masuk office. tidak semena mena terus terfikir argh ponteng la takyah gtau apa2 kat CK. tak perlu dah nak reka alasan. tak plan langsung nak ponteng haritu. Kuat betul hati ni berbolak balik. Seperti dalam hadis yg pernah aku terbaca Hati manusia lebih cepat berbolak balik dari pergolakan air yg mengelegak kepanasan (Tak sure taraf hadis).

   Dalam perjalanan naik motor lagenda yamaha fi 115 menyusuri jalan bukit bukau di ulu yam, aku memasang niat "ini adalah utk membuktikan aku insan yang merdeka. bebas dari menjadi hamba sebuah syarikat yg kecil, aku berhak bergerak bebas mengikut kesukaanku haha". tapi tak tau nak redah hutan mana, takde idea sebenarnya. nak pg ulu yam .gila bapak bosan. lalu aku terus je sampai mlepasi pekan ulu yam. dah alang2 nak terus je baik ke kuala kbu baru kan. aku biasa dengar sg chilling, k.kubu. apalagi terus la nak ke sana.lagipun tak pernah pun pergi.  sekejap je dari selayang ke k.kubu dalam 35 minit. masuk simpang ke pekan kuala kubu nampak signboard kolam air panas. alang2 dah sampai singgah la sat. boleh nyinggah toilet sekali. sampai di sana kelihatan 3 orang veteran berbangsa cina melepak kat situ .kolam air panas kecil je.kawasan simple macam landskap di sekolah menengah kerajaan, adhui.. aku nk join segan lak, lepak atas motor dulu tunggu depa blah. dalam lima blas minit camtu uncle and auntie tu pun chow..amik peluang rendam kaki dlam air kolam yg panas tapi kelihatan keruh. takper la camni mmg biase kot aku fikir. waktu time tu 9 am lebih, tak panas sagt cuaca time tu ok la. amik masa dlam stgh jam lepak sini. sambil memikirkan what I'm doing here..im not young anymore to monteng keje..ingat zaman skolah lagi ke..arghh lantas aku bingkas bangkit menuju ke motor.

   Perjalanan ke sg chilling hanya berpandukan signboard di tepi jalan. rupanya banyak air terjun kat sini, ampangan pecah, lata medang, sg alor, etc (end of thinking capacity)..sampai dekat traffic light depan majlis daerah dah takde signboard tulis ke sg chilling. aku patah balik pegi setsesn petron set waze . estimate dari situ dalam 18 minutes. perjalanan ke sg chilling smemangnya menyajikan pemandangan yang memukau. lebih lebih lagi dgn ride motorsikal, dengan jumlah kenderaan yang sikit nampak lapang je view  terasa lapang juga di dada dan lupa semua masalah. kiri kanan bukit menghijau dengan bunyi deruan air sungai sepanjang perjalanan jelas kedengaran, kemudian elok je ade checkpoint utk tempak park dan lepak. teringat bekalan nasi lemak aku bawa atas raga motor . tgk jam baru pukul 11 am  lebih. lunch awal lah. sambil layan view bukit sekeliling. indah sungguh pemandangan di sini. terasa lebih kesedapan sambal yang mak masak kali ni. sambil makan aku berasa syukur mempunyai negara Malaysia yang indah ni. kemana pergi pun terasa bagaikan berada di rumah sendiri. pemandangan dan persekitaran yang indah dan permai sidikit sebanyak menghilangkan kegundahan di hati, meskipun aku tahu pemandangan di negara2 lain juga tidak kurang hebatnya lebih2 lagi di benua eropah. teringin ke sana tapi tak tau bila. ah Malaysia ni pun sudah cukup baik.

   Meneruskan perjalanan dalam keadaan pagi yang redup memang mendamaikan. kemudian aku singgah sebentar di empangan air takungan sungai selangor. keadaan di sini tidak jauh beza di empangan batu ulu yam cumanya ia lebih luas dan terbuka tanpa rimbunan pokok dan semak yang memagari sekeliling seperti di ulu yam. sempat snap pic sikit utk tatapan di hari tua nnt. seterusnya meneruskan perjalanan sehingga nampak bridge yang merentasi hutan dan dibawahnya air sungai yang mengalir. deruan arusnya jelas kedengaran. selfie sikit di situ. dari situ dah tak jauh sg chiling aku tgk waze . damn, line takde. aku pulak offf waze time makan nasik tadi. tapi tgk jln senang je nak mencari. sebab jalan dia straight je. elok je depan sikit nampak banyak kereta parking namun malangnya sg chilling tutup. sigh. dia bukak jumaat sabtu n ahad shj. namun guard kesian kat aku dan suruh pergi air terjun dalam kampung orang asli (lata medong). tak berapa kecewa sgt sebab byk lagi port boleh lepak. memasuki kawasan kg Pertak yang sebenarnya merupakan perkampungan orang asli moden terasa sedikit teruja melihat keletah kanak2 kecil mereka . sempat bersembang dgn 2 anak org asli tanya mana jual minyak motor. dia hanya cakap pisang..pisang..sambil tunjuk pondok kecil. rupanya ada kedai runcit milik orang asli di rimbunan belakang pokok pisang. alahai.

    Masuk lebih kedalam lagi sudah kelihatan anak sungai mengalir di bawah curam . sampai la aku memasuki jalan berbatu dan park motor belakang titi gantung yang kecil. rupanya depan lagi titi gantung tu ada track untuk ke air terjun bertingkat lata medang. aku baru tau lepas balik dan baca blog budak elektrik. next time boleh la pergi. lalu aku cari port untuk stay dalam 2 jam di stu. clear ..takde orang apa lagi bukak baju, tali pinggang keluarkan phone, rokok,lighter and kunci masukkan dalam baju dan lipatkan sekali kesemeuanya bawa gi tgh sungai untuk diletakkan di atas batu. baru boleh berkubang dgn selesa. di tepi tebing aku nampak ada slonggok bekas makanan yang ditinggalkan. ada juga bekas plastik di tepian tebing. sayang tempat dah cantik macam ni pun masih lagi ada yang sanggup mencemarkanya. aku berendam lebih kurang sejam kemudian lepak baring atas batu. sampai la terdengar kekekan ketawa gadis belakang semak atas tebing. mati2 aku ingat bunian nak ngorat, tapi sekumpulan anak2 gadis orang asli dalam 5-6 orang menuju ke port aku. pantas aku bangun sarungkan baju dan bsiap utk blah. bagus juga diorang datang kalau tak mungkin tertido aku kat situ. aku menuju pulang dalam keadaan seluar yang basah memang tidak selesa tapi perasaan terleka disebabkan dibuai dengan pemandangan sekeliling sehinggalah ia kering sendiri. tersa lapang dalam dada dapat keluar dari rutin kelaziman yang membuntukan. ketika tiba di jalan ulu yam hujan lebat melanda. habis basah kuyup. stop by di ulu yam 3 sehingga hujan berenti, seterusnya menghabiskan masa di cyber cafe selayang sehingga habis office hours.

 


















macam panjang pulak cerita aku ni..trip ke sg chilling jer pun. sebenarnya bukan nak detailkans sgt pun plot story trip solo ni tapi sebenarnya lebih kepada coretan dan nukilan hati untuk menceritakan apa yang aku buat dengan cara yg lebih halus dengan penuh emosi kepada diri sendiri mungkin sebagai rujukan untuk masa hadapan. kalau setakat cerita kat member sekadar cerita kosong sahaja.  hanya menampakkan sisi luaran dan menepikan sudut emosi dan spritual. ape shial aku merepek ni. ape pun semoga aku bertambah baik di masa hadapan.



Comments

Post a Comment

Popular Posts