Penulisan yang kurang membaca

       Entry kali ini aku ingin membincangkan gaya penulisan seorang yang tidak banyak membaca namun tetap ingin menulis. contohnya ialah 'karangan ini'. sudah lama aku tidak membaca buku. buku terakhir yang dibaca sehingga habis berjudul memoir Syamsiah Fakeh wanita pejuang kiri yakni pada tahun 2015. aku yakin bila kurang membaca pemikiran mulai tumpul dan idea pula tidak berkembang malah semakin pudar dan aku rasa membaca artikel ringkas dan penulisan ringkas di sociomed dan tabloid tidak menjadikan otak kita berkembang ia hanya melambakkan maklumat di kapasiti ruangan otak, tidaklah ia menjadikan daya fikir dan idea kita berkembang.


     
     Mengambil kata-kata sdr Loqman Zakaria dari Bukit naga, Klang pada tahun 2010, "membaca sesebuah kisah dapat meningkatkan daya kreativiti dalam minda kita, contohnya apabila kita membaca satu kenyataan yang berbunyi sudin mengayuh basikal, minda kita akan membayangkan seorang lelaki bernama sudin sedang mengayuh sebuah basikal" . aku sangat bersetuju dengan kenyataan Loqman tentang ini. ujarnya lagi "proses sebegini melatih daya kreativiti minda kita dalam menghasilkan daya imaginasi dalam sesuatu bahan bacaan, dan perkara sebegini tidak ada pada TV yang menyiarkan gambaran secara langsung"penakulan Loqman ini sebenarnya dapat dirasai oleh mereka yang gemar membaca cerpen, novel ataupun karangan contoh spm. selain itu, aku berpendapat apabila kita banyak membaca ia akan mempengaruhi gaya bahasa penulisan kita. penggunaan ayat yang sesuai, dan garapan bahasa yang tidak lewah dan membosankan. selain itu,orang yang banyak membaca buku ini , apabila mereka bercakap lontaran bahasa yang keluar dari mulut mereka lebih jelas dan tersusun. sungguhpun nampak skema ia sedikit sebanyak membantu membentuk personaliti diri mereka ke arah yang lebih baik.


      Aku juga antara insan yang kurang membaca, jadi penulisan ini dapat dilihat ia digarap dengan tidak kemas malah ia masih lagi dibayangi gaya tulisan karangan budak sekolah menengah. namun objektifnya jelas selagi untuk menyampaikan mesej ia sudah memadai. Saya ingin sarankan kepada diri sendiri agar pupuk kembali tabiat membaca buku dalam diri. sukar untuk menulis di waktu lapang apabila tidak mempunyai idea untuk dicurahkan akibat kurang membaca. malah sekiranya ada idea sekalipun pemyampaian melalui penulisan yang digarap dengan lemah akan membantutkan proses penyampaian maklumat dengan berkesan. lihatlah 3 perenggan sahaja yang dapat dihasilkan untuk tajuk ini malah isi maklumat juga tergantung. inilah merupakan kesan penulisan yang tidak membaca.







Comments

Popular Posts